Warga China dipenjara sehari, denda RM10,000 kerana rasuah polis RM500

LocalPolitics
28 Oct 2026 • 12:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Warga China dipenjara sehari, denda RM10,000 kerana rasuah polis RM500
Ruqiang (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Selasa.

SHAH ALAM – Tindakan seorang lelaki warga China memberi rasuah RM500 kepada seorang pegawai polis bagi mengelakkan pemeriksaan, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000.

Berdasarkan kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tertuduh, He Ruqiang, 45, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara rasuah memberikan wang itu kepada seorang ejen kerajaan Malaysia, iaitu pegawai polis yang bertugas di Bahagian Pasukan Gerakan Am (PGA), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman.

Pemberian wang berkenaan sebagai dorongan pegawai polis itu tidak meneruskan pemeriksaan terhadap tertuduh, di dalam sebuah bilik di Jalan Bestari 2A/KU7, Kawasan Perindustrian Kapar Bestari jam 10.50 pagi pada 6 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muaz Ahmad Khairuddin dan pegawai pendakwa, Mohd Alimi Mustapha sementara tertuduh diwakili peguam, Muhamad Aizat Fakri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved