
SHAH ALAM – Empat individu yang mendera amah Indonesia sehingga melecur di seluruh badan di Tanjong Sepat, Kuala Langat sebelum ini didakwa di Mahkamah Pulau Pinang, hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pertuduhan itu selepas polis mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
“Pagi ini, insya-Allah. Empat suspek dituduh di Mahkamah Pulau Pinang kecuali seorang suspek dibebaskan dijadikan sebagai saksi polis” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.
Beliau turut memaklumkan mangsa berusia 20-an masih menerima rawatan di hospital dan dilaporkan stabil serta dibawah pemantauan doktor.
Kosmo! sebelum ini melaporkan gara-gara disyaki mencuri barangan dan merosakkan harta benda majikan dipercayai menjadi punca seorang amah Indonesia didera sehingga melecur di seluruh badan di Tanjong Sepat, Kuala Langat, dua minggu lalu.
Siasatan mendapati mangsa telah bekerja dengan majikan sekitar hujung tahun tahun lalu.
Terdahulu, tiga wanita antara lima individu berusia 20 hingga 30-an direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes penderaan tersebut.
Kesemua suspek ditahan di sebuah premis perniagaan di Jalan Merbau, Pusat Perniagaan Oren, Butterworth di sini, kira-kira pukul 6.30 petang, pada 19 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE
The post Empat pendera amah Indonesia didakwa di Mahkamah Pulau Pinang appeared first on Kosmo Online.


![[VIDEO] ‘Pocong melompat, hiperaktif terlebih makan gula’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/e1a379de-67b6-437b-9111-7d5dc31bf41c-1024x768.jpeg)


