Warga China diselamatkan daripada loji hidroelektrik terjejas gelongsoran lumpur di Nepal

5 Sep 2026 • 9:17 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Warga China diselamatkan daripada loji hidroelektrik terjejas gelongsoran lumpur di Nepal

Seorang warga China berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat dari sebuah loji hidroelektrik yang terjejas akibat gelongsoran lumpur di Nepal.

KATHMANDU: Pasukan penyelamat Nepal berjaya menyelamatkan seorang warga China dari sebuah loji hidroelektrik yang dilanda gelongsoran lumpur yang membawa maut  di Nepal pada Sabtu, menurut Kedutaan China di Nepal, lapor Xinhua.

Warga China berkenaan diselamatkan oleh Tentera Nepal dengan kerjasama pasukan pakar bencana dari Korea Selatan, 11 hari selepas gelongsoran lumpur yang memusnahkan melanda kawasan itu.

Mangsa yang diselamatkan itu kemudiannya dibawa untuk pemeriksaan lanjut dan penjagaan kesihatan.

Misi menyelamat itu adalah sebahagian daripada usaha yang dipertingkatkan bagi mengesan dan memindahkan mangsa yang dipercayai terperangkap di dalam terowong projek hidroelektrik berikutan gelongsoran lumpur yang melanda sistem sungai Bhotekoshi dan Trishuli.

Bencana itu menyebabkan kerosakan teruk kepada beberapa projek hidroelektrik dan infrastruktur lain di kawasan terjejas.

Beberapa pekerja dan orang awam lain dipercayai terperangkap di dalam terowong hidroelektrik dan masih gagal dihubungi.

Sebelum warga China itu diselamatkan, Tentera Nepal dalam satu hantaran di media sosial memaklumkan bahawa pasukan gabungan yang terdiri daripada 20 anggota Tentera Nepal dan wakil projek telah menjalankan operasi pencarian.

Tentera Nepal telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan kerjasama pasukan teknikal luar negara, termasuk pakar dari China, India dan Korea Selatan, bagi mengesan mangsa yang terkandas di dalam struktur di beberapa projek hidroelektrik.

– BERNAMA, XINHUA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved