Warga China lindungi PTI didenda RM25,000

16 Aug 2025 • 11:12 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang warga China berusia 32 tahun didenda sejumlah RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melindungi lima pendatang tanpa izin (PTI) di premis bawah kawalannya.

Li Hao mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain, yang mengenakan denda RM5,000 bagi setiap pendatang terbabit. Sekiranya gagal membayar denda, Li akan dipenjara enam bulan bagi setiap pertuduhan.

Li didapati membenarkan lima warga Filipina — dua wanita dan tiga lelaki berusia antara 18 hingga 48 tahun — yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah, tinggal di premis Liubaba Lease di Taman Emas, Jalan Penampang, sekitar jam 9.10 malam pada 10 Julai tahun ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 55E(2) akta sama, yang memperuntukkan denda antara RM5,000 hingga RM30,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pendatang tanpa izin yang ditemui di premis.

Dalam rayuannya, Li memohon hukuman diringankan, namun Pegawai Pendakwa Mohd Sharifuddin Salim meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Dalam kes berasingan di mahkamah sama, empat warga Filipina masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat bulan selepas mengaku bersalah memasuki negeri ini tanpa dokumen perjalanan sah.

Nanette Sapnay Pili, Cherry Mae Sampung Bernardino, Junaida Omar, dan Kc Marwuez Sanchez ditahan dalam operasi penguatkuasaan Imigresen di sebuah premis hiburan di Tanjung Aru pada jam 1.20 pagi, 3 Ogos lalu.

Keempat-empat mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah ketika operasi dijalankan. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan dan mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen selepas tamat hukuman penjara.