
JAKARTA – Seorang warga emas ditemukan rentung selepas membakar sampah berhampiran ladang tebunya di Sidoarjo, wilayah Jawa Timur, lapor laman berita Detik.
Mangsa yang dikenali sebagai Sodikin, 71, dipercayai terperangkap dalam kebakaran selepas api pembakaran sampah sarap merebak ke kawasan ladang semalam.
Ketua polis tempatan, AKP Musran berkata, mayat Sodikin ditemukan sekitar pukul 4.15 petang (waktu tempatan).
Beberapa saksi berkata, tiupan angin dan cuaca kering menyebabkan api merebak dengan cepat lalu membakar tanaman tebu.
“Pada awalnya, Sodikin hanya membakar sampah, namun api merebak ke tanaman tebu tidak lama kemudian. Penduduk bergegas membantu memadamkan kebakaran.
“Mayat mangsa ditemukan selepas api berjaya dipadamkan,” kata Musran.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pusat Pendidikan Bhayangkara Sabhara Porong untuk bedah siasat.
Polis sedang menjalankan siasatan dan menunggu keputusan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian. – AGENSI
The post Warga emas bakar sampah ditemukan rentung appeared first on Kosmo Digital.





![[KEMASKINI] Warga emas maut dalam gua selepas melawat tokong](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/Untitled-design-2026-08-07T150245.093.png)