Warga emas cedera ditanduk lembu

29 May 2026 • 3:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Warga emas cedera ditanduk lembu
Seorang warga emas cedera pada bahagian ketiak kiri selepas ditanduk lembu dalam kejadian di Kampung Murni, Layang-layang, Kluang.- Foto tular

KLUANG – Seorang lelaki tempatan berusia 65 tahun cedera di bahagian ketiak kiri selepas ditanduk seekor lembu yang mengamuk dalam kejadian di Kampung Murni, Layang-Layang, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa dihubungi seorang pembeli yang memaklumkan lembu yang dijual kepada individu lain untuk dijadikan korban sukar dikawal.

Menurutnya, mangsa kemudian datang ke lokasi bagi membantu menenangkan haiwan berkenaan sebelum lembu itu secara tiba-tiba bertindak agresif.

“Mangsa ditanduk di bahagian ketiak kiri ketika cuba mengawal lembu terbabit.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Bahrin berkata, mangsa ditahan di wad selama sehari dan tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.