Warga Emas Gigih Telefon Polis Lebih 2,000 Kali Dalam 9 Hari Semata Nak Maki

Entertainment
10 Dec 2022 • 11:07 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang warga emas di Jepun mendapat perhatian di internet selepas dia diberkas polis gara-gara menelefon polis sebanyak lebih 2,000 kali dalam masa sembilan hari hanya untuk memaki hamun mereka.

image is not available
Gambar hiasan

SoraNews24 melaporkan, tidak dapat dipastikan apakah sebab sebenar lelaki berusia 67 tahun itu berbuat demikian namun ketika ditahan, lelaki yang tak didedahkan identitinya itu dengan selamba mengakui kesalahannya.

“Saya tahu polis akan datang tangkap saya satu hari nanti,” katanya.

Hasil siasatan polis mendapati, warga emas yang tinggal di Bandar Kawaguchi itu sebenarnya sudah melalukan aktiviti ini sejak beberapa tahun lalu. Pun begitu, usahanya difahamkan sengaja ditingkatkan dalam beberapa bulan lalu.

image is not available
Gambar hiasan

Laporan lanjut mendedahkan, antara 30 September dan 8 Oktober tahun ini, warga emas berkenaan sudah membuat sejumlah 2,060 panggilan kepada pihak polis semata-mata untuk memaki hamun dan mengeji mereka dengan kata-kata kesat.

“Secara purata, lelaki terbabit membuat satu panggilan setiap enam minit dan telah menghabiskan masa lebih 27 jam bercakap di atas talian,” lapor sumber.

Meninjau ke ruangan komen pula, meskipun perbuatannya tidak baik, rata-rata pengguna internet menyuarakan rasa kagum atas kegigihan warga emas terbabit yang tidak putus asa menelefon pihak polis.

Sumber: SoraNews24

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.