
KOTA BELUD: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Bangkahak Nayasan, di sini, ditemui selamat pada petang Khamis lalu.
Yasap, 80, yang tidak pulang sejak pagi hari kejadian, ditemui pada jam 11.45 pagi oleh pasukan bomba kira-kira 200 meter dari rumahnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.52 pagi dan seramai sembilan anggota dikerah ke lokasi.
“Mangsa yang mengalami luka ringan diberi rawatan awal bagi memastikan keadaannya baik sebelum dibawa kembali ke rumahnya.”.
“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan jam 12.11 tengah hari,” katanya ketika dihubungi.
Warga emas itu dikatakan keluar dari rumah seorang diri ke kawasan hutan sebelum disedari hilang oleh ahli keluarganya kira-kira jam 3 pagi. Usaha mencari lelaki itu digerakkan oleh ahli keluarga serta penduduk kampung di sekitar lokasi namun tidak berhasil menemuinya.
Ahli keluarga mangsa kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
