
LAHAD DATU: Seorang warga emas berusia 80-an yang dilaporkan hilang pada Sabtu lalu ditemukan lemas dipercayai ketika menyeberangi sungai untuk ke ladang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Sumsoa Rashid berkata, mayat mangsa ditemukan tersangkut di bawah pokok kelapa sawit yang tumbang di sungai berkenaan, kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
“Kami telah mengaktifkan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Sabtu lalu selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.43 petang. Operasi SAR kemudiannya ditangguhkan pada 6.20 petang dan diteruskan pada 7.00 pagi, hari ini,” katanya pada Ahad.
Sumsoa berkata SAR itu dijalankan dengan tiga anggota menaiki bot dari laut untuk mencari di sepanjang sungai manakala anggota lain bersama Pasukan Bomba Sukarela dan orang awam melakukan pencarian di sekitar kawasan tebing sungai,” katanya.
Sumsoa berkata, mangsa ditemui orang awam pada 9.30 pagi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Operasi itu ditamatkan pada pukul 12.30 tengah hari.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
