Warga emas hilang selepas bersarapan ditemui mati dalam paya

23 Jul 2026 • 2:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Warga emas hilang selepas bersarapan ditemui mati dalam paya

KEMAMAN – Seorang lelaki warga emas yang hilang selepas keluar bersarapan pada Ahad lalu ditemui sudah meninggal dunia di Kampung Baru Neram 1, Cheneh, di sini, hari ini.

Mayat Abdullah Besar, 70, ditemui pasukan mencari dan menyelamat berhampiran kawasan paya pada pukul 11.20 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Mohd. Hafiezul Mohamad berkata, mayat bekas anggota Polis Hutan tersebut ditemukan kira-kira 600 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) yang dibuka bagi tujuan pencarian mangsa.

“Mangsa ditemukan pasukan penyelamat di kawasan paya berhampiran.

“Pegawai perubatan yang memeriksa mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan Abdullah dikhuatiri hilang selepas tidak pulang selepas bersarapan di kedai berhampiran rumahnya pada Ahad lalu.

Mohd. Hafiezul berkata, mayat Abdullah telah diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Warga emas hilang selepas bersarapan ditemui mati dalam paya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved