Warga China usia 78 tahun hilang di MRT Maluri

11 Sep 2026 • 1:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Warga China usia 78 tahun hilang di MRT Maluri

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga China berusia 78 tahun hilang sejak seminggu lalu selepas terpisah dengan ahli keluarganya berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Maluri di sini.

Warga emas dikenali sebagai Ji Hongxin itu dilaporkan terpisah dengan keluarganya pada pukul 12 tengah hari, 3 September lalu dan masih belum ditemui sehingga kini.

Presiden Persatuan Persahabatan dan Bantuan Bersama Malaysia-China, Yu Jiafu bersama penasihat persatuan, Datuk Seri Steven Zhang Tianxi bertemu keluarga mangsa semalam bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian dan perkembangan operasi pencarian.

Menurut maklumat keluarga, usaha mengesan Ji Hongxin berdepan kesukaran kerana warga emas itu tidak boleh berbahasa Inggeris atau Melayu.

Ketika hilang, Ji Hongxin hanya membawa wang tunai RM50 selain tidak mempunyai telefon bimbit atau dokumen pengenalan diri.

Difahamkan, Ji Hongxin mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan penyakit mata. Lelaki itu tidak membawa ubat-ubatan yang diperlukan ketika terpisah daripada keluarganya.

Keadaan itu menyebabkan ahli keluarga bimbang akan kesihatan dan keselamatan Ji Hongxin dan berharap orang ramai dapat membantu menyalurkan maklumat bagi mengesan lelaki tersebut.

Kali terakhir dilihat, Ji Hongxin memakai baju lengan pendek berjalur merah, kuning dan putih dengan tulisan ‘德教会’, berseluar pendek kuning muda dan memakai selipar hitam. Dia turut membawa beg berwarna gelap di pinggang.

Persatuan itu merayu orang ramai khususnya penduduk, peniaga dan pengguna pengangkutan awam di sekitar Maluri dan kawasan sekitar supaya membantu mengesan warga emas tersebut.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Yang Xiujing menerusi talian 019-391 6668 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 03-9203 3888. – KOSMO! ONLINE

The post Warga China usia 78 tahun hilang di MRT Maluri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved