‘Kerja kedai judi dah lapan bulan’

13 Sep 2026 • 4:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kerja kedai judi dah lapan bulan’

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang wanita warga Indonesia bekerja di sebuah kedai perjudian dalam talian akhirnya terbongkar selepas premis berkenaan diserbu dalam Op Bersepadu Mega di Lebuh Pudu, Kuala Lumpur, hari ini.

Wanita berusia lingkungan 20-an itu mendakwa sudah lapan bulan bekerja di premis berkenaan dengan menerima gaji RM1,800 sebulan sebelum ditahan bersama seorang rakannya.

“Saya kena tahan dengan rakan. Kerja sini dah lapan bulan. Bos bayar gaji RM1,800 sebulan.

“Biasa sini ramai pelanggan warga asing. Hari-hari kedai buka mula pukul 9 pagi sampai 9 malam,” katanya ketika ditemui selepas operasi, hari ini.

Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati kebanyakan premis terbabit mula kosong selepas operasi berkenaan.

Malah, terdapat warga asing yang cuba menyamar sebagai pelanggan di premis pengurup wang bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Kerja kedai judi dah lapan bulan’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved