Warga emas hilang selepas Proton Wira dipandu terbabas ke sungai

LocalCars
3 Oct 2026 • 9:39 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Warga emas hilang selepas Proton Wira dipandu terbabas ke sungai

SHAH ALAM, 3 OKT: Seorang warga emas hilang selepas Proton Wira dipandunya terbabas ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah-Lubuk Kawah, Sungai Petani, awal pagi tadi, sebelum kenderaan itu ditemui tanpa pemandunya.

Mangsa, Mat Yusof Hashim, 77, dari Jalan Masjid FELDA Teloi Timur, dipercayai dalam perjalanan dari Jalan Kuala Ketil menuju ke FELDA Teloi Timur ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kemalangan itu dimaklumkan kepada Pejabat Pertanyaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerusi panggilan orang awam kira-kira jam 1 pagi.

"Setiba di lokasi, kereta itu dipercayai hilang kawalan menyebabkannya terbabas ke dalam sungai. Pada awalnya, mangsa dipercayai tenggelam bersama kenderaan terbabit.

"Bagaimanapun, selepas kereta yang tenggelam dalam sungai itu berjaya dinaikkan ke darat menggunakan kren, hasil pemeriksaan mendapati pemandunya tiada di dalam kenderaan," katanya seperti dilaporkan BH Online.

Pasukan bomba kemudian meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan sekitar sungai bagi mengesan mangsa, manakala kereta berkenaan dihantar ke Balai Trafik Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

"Setakat ini, status mangsa masih belum diketahui," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved