Kereta terbabas masuk sungai, warga emas belum ditemui

LocalCars
3 Oct 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kereta terbabas masuk sungai, warga emas belum ditemui

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas belum ditemui selepas kereta yang dipandu terjunam ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah-Lubuk Kawah, dekat sini awal pagi ini.

Kejadian berlaku ketika kereta jenis Proton Wira yang dipercayai dipandu mangsa, Mat Yusof Hashim, 77, dalam perjalanan dari arah Jalan Kuala Ketil menghala ke Felda Teloi Timur.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kemalangan itu kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum kereta terbabas dan terjunam ke dalam sungai.

“Pada awalnya mangsa dipercayai tenggelam bersama kereta tersebut, namun selepas kereta itu berjaya dinaikkan ke darat menggunakan kren, pemeriksaan mendapati mangsa tiada di dalam kenderaan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan oleh pihak bomba di kawasan sekitar sungai.

Tambahnya, kereta berkenaan mengalami kerosakan pada keseluruhan bahagian termasuk bampar dan bonet, kedua-dua pintu sisi serta cermin hadapan dan belakang. – KOSMO! ONLINE

The post Kereta terbabas masuk sungai, warga emas belum ditemui appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved