Warga emas maut lori pasir rempuh tiang

12 Jan 2025 • 3:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Patimang Abdul Ghani dan Clarence Dol

KOTA MARUDU: Seorang lelaki warga emas maut apabila lori 10 tan dengan muatan pasir yang dipandunya, terbabas ke bahu jalan lalu merempuh tiang elektrik di Kampung Mangaris, dekat sini, pagi Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Hasbi Hajat berkata, Chong Chee Yin, 68, tersepit akibat kejadian itu dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

AdvertisementMenurut Hasbi, 10 anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Jakri Bahar bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian sejauh 16 kilometer sebaik menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 7.49 pagi.

“Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 30 minit dan menggunakan peralatan khas (jek hidraulik) untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. Selepas pasukan memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 9.10 pagi.

Di RANAU, sebuah kenderaan jenis Ssangyong Rexton musnah terbakar di Kampung Kokob, di sini, kira-kira jam 4 petang Sabtu.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, PPgB Ridwan Mohd Taib berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi MERS999 kira-kira jam 4.10 petang dan mengerahkan lapan anggota ke lokasi kejadian diketuai Pegawai Operasi, PBK II Wasli@Wasili Saupin bersama sebuah jentera FRT.

“Apabila tiba di lokasi kejadian yang terletak 7 kilometer dari balai, kami mendapati sebuah kenderaan jenis Ssangyong Rexton terbakar 100 peratus.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Operasi pemadaman dijalankan menggunan satu aliran hos dari jentera.

“Pasukan menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi, sebelum ditamatkan pada pada 4.46 petang,” katanya.

Tiada kecederaan dilaporkan sementara punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Ridwan mengingatkan pengguna supaya menjaga keadaan kenderaan mereka dengan melakukan servis berkala.