Warga Emas Maut Lori Tangki Simen Dipandu Masuk Gaung

23 Sep 2024 • 2:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Warga Emas Maut Lori Tangki Simen Dipandu Masuk Gaung

LAHAD DATU, 23 Sept (Bernama) — Seorang lelaki warga emas maut selepas lori tangki simen yang dipandunya hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kilometer 18 Jalan Lahad Datu-Sandakan di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata Abd Halim Bolong, 72, cedera parah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.42 pagi tadi dan kemudian 10 anggota bertugas bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat mangsa.

“Mangsa berada dalam keadaan tersepit di kabin serta tertimbus di dalam tanah dan mangsa berjaya dikeluarkan pada 12 tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sumsoa berkata mayat mangsa dihantar ke hospital dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved