Warga Emas Pura-pura Mati, Buat Upacara Pengebumian Palsu

20 Oct 2025 • 2:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Warga Emas Pura-pura Mati, Buat Upacara Pengebumian Palsu

Seorang lelaki berusia 74 tahun dari India mencetuskan kekecohan apabila berpura-pura mati dan mengadakan upacara pengebumian palsu.

Penduduk kampung Konchi pada mulanya terkejut apabila menerima berita kononnya warga emas itu, seorang bekas anggota Tentera Udara India, telah meninggal dunia secara mengejut.

Berita itu tersebar luas dan orang ramai segera menghadiri perarakan serta upacara tradisional bagi memberi penghormatan terakhir kepadanya.

Namun, suasana sedih bertukar menjadi panik apabila beliau tiba-tiba bangun dari keranda yang dibawa dalam perarakan tersebut.

image is not available
Gambar: Oddity Central

Barulah penduduk menyedari bahawa semuanya hanyalah satu lakonan yang dirancang oleh beliau sendiri.

Menurut beliau, tindakannya itu dilakukan kerana ingin mengetahui sejauhmana kasih sayang dan penghormatan masyarakat terhadap dirinya semasa masih hidup.

“Selepas mati, orang akan mengusung jenazah kita. Tapi saya mahu menyaksikannya sendiri, mahu tahu sejauhmana orang menghargai dan menyayangi saya,” katanya ketika ditanya tentang alasan di sebalik tindakannya.

Untuk menjayakan ‘drama’ itu, beliau bahkan meminta bantuan beberapa ahli keluarga menyebarkan berita palsu mengenai kematiannya.

Malah, mereka turut menghias usungan jenazahnya dan membawanya ke kawasan krematorium bagi menjadikan lakonan itu lebih meyakinkan.

Ratusan penduduk kampung yang percaya akan kematiannya hadir untuk memberi penghormatan terakhir. Melihat sambutan itu, beliau dikatakan berasa puas dan terharu kerana yakin dirinya masih dihormati oleh masyarakat sekeliling.

Sebagai tanda memohon maaf atas tindakan yang mengejutkan ramai pihak, beliau kemudiannya menganjurkan satu jamuan besar untuk seluruh penduduk kampung.