Warga emas rebah, mati mengejut di kelab rekreasi

15 Apr 2026 • 5:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Warga emas rebah, mati mengejut di kelab rekreasi
Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas dipercayai rebah ketika berada di sebuah kelab rekreasi di Jalan Boundry, Ayer Itam, semalam. Gambar hiasan

GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas dipercayai rebah ketika berada di sebuah kelab rekreasi di Jalan Boundry, Ayer Itam, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Pusat Panggilan Hospital Seberang Jaya pada kira-kira jam 7.48 malam memaklumkan tentang kematian seorang lelaki berusia 65 tahun di kelab itu.

"Siasatan awal mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan dan pelanggan kelab, ditemukan terjatuh dari kerusi dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 7.10 malam semasa sedang berhibur di premis itu.

"Kematian mangsa telah disahkan oleh petugas ambulans pada jam 7.34 malam,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Swee Sake berkata, pemeriksaan terhadap tubuh mangsa tidak menemukan sebarang kecederaan mencurigakan, manakala siasatan di lokasi kejadian juga tidak menunjukkan unsur jenayah.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati punca kematian akibat saluran darah utama pecah (ruptured dissecting aortic aneurysm).

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu Laporan Mati Mengejut (LMM) telah dibuka bagi melengkapkan siasatan. - Bernama