Warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Serendah

30 Oct 2022 • 1:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 30 OKT: Seorang warga emas lelaki rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Taman Dato Harun, Serendah tengah malam tadi.

Ketua polis daerah Hulu Selangor berkata pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu daripada anak mangsa pada jam 10.30 malam, lapor Harian Metro.

“Wanita yang bekerja sebagai akauntan itu menerima panggilan telefon daripada rakannya, kira-kira jam 10.30 malam, yang memaklumkan rumah bapanya terbakar.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai terperangkap di dalam bilik tidurnya,” kata Superintendan Suffian Abdullah.

Tambah beliau mangsa yang berusia 70 tahun itu tinggal bersama suami isteri iaitu adiknya yang masing-masing berusia 60 dan 67 tahun.

Bagaimanapun Suffian berkata pasangan itu berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan dalam insiden yang memusnahkan hampir 80 peratus struktur dan barang di dalam rumah.

Sementara itu, pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 10.35 malam.

Menurut Norazam Khamis, sepasukan 19 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Bukit Sentosa dan Rawang dikejarkan ke lokasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved