
Tindakan seorang lelaki warga emas menampal jalan raya yang berlubang menggunakan kudrat mencuri perhatian ramai selepas rakaman video mengenainya tular di media sosial.
Video berkenaan pada asalnya dimuat naik oleh aktivis, Lando Zawawi sebelum ia dikongsikan secara meluas oleh pengguna media sosial lain.
Kejadian dikatakan berlaku di Jalan Merpati, Kalumpang. Lelaki berkenaan dilihat membaiki permukaan jalan menggunakan simen tanpa bantuan pihak lain.
Difahamkan, kos pembaikan tersebut dipercayai ditanggung sepenuhnya oleh dirinya sendiri.
Rakaman video yang memaparkan seorang warga emas menampal lubang jalan menggunakan simen dan wang sendiri di Jalan Merpati, Kalumpang, tular di media sosial sehingga mengundang kecaman terhadap Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS). pic.twitter.com/Iq9BQMbnr7
Baca juga:
PETA gesa Dara, Amoi dan Kelat tidak ditempatkan semula di zoo
Pesara tentera meninggal dunia ketika sujud solat Subuh
Pelancong terharu dapat layanan mesra pemilik homestay di Terengganu
Menerusi video tular itu, warga emas berkenaan yang memakai kemeja-T berkolar dilihat terbongkok-bongkok menampal lubang di jalan, sementara sebuah motosikal yang dipercayai miliknya diparkir berdekatan lokasi.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap usaha lelaki tersebut. Dalam masa sama, ada yang mempersoalkan tanggungjawab pihak berkuasa tempatan dalam memastikan penyelenggaraan jalan dilakukan dengan sewajarnya.
The post Warga emas tampal jalan berlubang di Kalumpang, undang simpati ramai appeared first on The Reporter.




