Warga emas tinggal seorang diri ditemui rentung rumah terbakar

2 Jan 2024 • 7:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

BATU PAHAT - Seorang wanita warga emas ditemui rentung di bawah timbunan atap zink selepas kediamannya musnah dijilat api dalam kejadian di Parit Gaung, Parit Sulong di sini awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.45 pagi menyebabkan rumah papan didiami Noorsiah Saharan, 78, yang terletak di kawasan terpencil musnah dalam kebakaran itu.

"Siasatan awal mendapati mangsa tinggal seorang diri di rumah berkenaan yang tidak ada kemudahan air dan elektrik," katanya pada Selasa.

Beliau berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Insiden kebakaran berkenaan bukan berpunca akibat perbuatan khianat.

"Bagaimanapun, ketika ini punca kebakaran sebenar masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya.

.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved