Warga Gadang sokong acara larian Terry Fox Run Shah Alam 2026

Health & Fitness
8 Oct 2026 • 3:44 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Warga Gadang sokong acara larian Terry Fox Run Shah Alam 2026

WARGA Gadang Group of Companies bersama komuniti setempat mengambil bahagian dalam Terry Fox Run Shah Alam 2026 di Elmina Lakeside Mall, Shah Alam, Selangor sebagai tanda sokongan terhadap usaha Cancer Research Malaysia dalam meningkatkan kesedaran dan menyokong penyelidikan kanser.

Larian sejauh lima kilometer itu menghimpunkan peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat bagi membawa mesej harapan serta menyokong usaha mencari penawar kanser.

Acara berkenaan turut menampilkan ucapan
pembukaan oleh Pesuruhjaya Tinggi Kanada
ke Malaysia, Jodi Robinson dan Ketua Pegawai Eksekutif Cancer Research Malaysia, Andy Khoo Boo Teik.

Bagi Gadang, penyertaan ini mencerminkan komitmen kumpulan untuk bersama komuniti, menyokong usaha yang bermakna dan memberi impak positif kepada masyarakat. – UTUSAN

The post Warga Gadang sokong acara larian Terry Fox Run Shah Alam 2026 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved