Asteel raih kontrak RM16 juta kerja konkrit struktur pembangunan kompleks logistik di Shah Alam

LocalBusiness & Finance
5 Oct 2026 • 5:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Asteel raih kontrak RM16 juta kerja konkrit struktur pembangunan kompleks logistik di Shah Alam Image from: Asteel raih kontrak RM16 juta kerja konkrit struktur pembangunan kompleks logistik di Shah Alam amree05/10/2026 - 17:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 5 Okt — Asteel Group Berhad meraih kontrak bernilai RM15.8 juta bagi kerja konkrit bertetulang struktur untuk pembinaan kompleks logistik setinggi tiga tingkat di Shah Alam, Selangor.

 

Kontrak terbaharu berkenaan diperoleh menerusi anak syarikatnya, Asteel Synergy Sdn Bhd (ASYN) selepas menerima tempahan kerja tersebut daripada HN Lau Agency Sdn Bhd pada 5 Oktober 2026.

 

Menurutnya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ASYN merupakan subsidiari milik penuh Asteel Resources Sdn Bhd, yang seterusnya dimiliki sebanyak 80.36% oleh kumpulan berkenaan sendiri.

 

"ASYN akan membekalkan tenaga kerja, penyeliaan dan peralatan bagi melaksanakan serta menyiapkan kerja konkrit bertetulang struktur untuk projek kompleks logistik tersebut," jelas Asteel.

 

Skop kerja berkenaan ujarnya, merangkumi penuangan konkrit, pemasangan besi tetulang, pemasangan jejaring dawai keluli dikimpal BRC, kerja acuan konkrit serta kos dan perkhidmatan berkaitan.

 

Ujarnya, projek tersebut dijadualkan mengambil masa selama tempoh 11 bulan dari tarikh permulaan kerja, berdasarkan terma dan syarat tempahan kerja serta senarai kuantiti yang dipersetujui.

 

Asteel_DagangNews

 

Projek berkenaan dijangka meningkatkan rekod pengalaman syarikat dalam pelaksanaan projek sekali gus memberikan kelebihan daya saing untuk mendapatkan projek pembinaan pada masa hadapan.

 

"Dari segi kewangan, kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham dan pegangan pemegang saham, selain tiada impak material kepada aset bersih sesaham serta tahap penggearan," katanya.

 

Bagaimanapun, projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan dan pendapatan sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berikutnya, sekiranya tiada keadaan luar jangka.

 

Asteel turut mengenal pasti beberapa risiko pelaksanaan, termasuk ketersediaan pekerja mahir, pembiayaan, situasi cuaca serta faktor kawal selia yang boleh menjejaskan kelancaran projek.

 

Lembaga pengarah berpandangan projek itu adalah demi kepentingan terbaik kumpulan, serta mengesahkan tiada kepentingan langsung atau tidak langsung pengarah, pemegang saham utama atau pihak berkaitan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved