Warga Indonesia Jelaskan Kenapa Mereka Susah Faham BM Berbanding Kita Faham Bahasa Mereka

Entertainment
5 Dec 2023 • 5:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketepikan bab-bab pergaduhan, tapi kita pandang dari sudut lain, kalau kita perhatikan banyak betul persamaan antara Malaysia dan Indonesia ini dari segi pemakaian, pemakanan, bahkan bahasa pun lebih kurang sama.

Sebab itulah kita mudah sahaja faham bahasa mereka, tapi baru tahu bahawa mereka sebenarnya susah nak faham bahasa kita.

Ia diakui oleh seorang warganegara Indonesia sendiri menerusi TikTok miliknya. Jelasnya, orang Indonesia tidak didedahkan atau menggunakan kandungan dalam Bahasa Melayu seperti yang dilakukan oleh orang Malaysia mengenai hiburan Indonesia.

Keupayaan mereka juga untuk memahami pertuturan asas mereka yang menggunakan Bahasa Malaysia adalah tidak sama.

image is not available

“Artis Indonesia memang membuat persembahan di Malaysia, rakyat Malaysia juga menggunakan muzik Indonesia, jadi rakyat Malaysia mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang Bahasa Indonesia dari segi bunyi.”

Juarez memberikan contoh yang dia alami sendiri di kedai percetakan, Juarez menyatakan bahawa apabila dia ditanya, “Warna ke hitam putih?” dia tidak faham apa yang diperkatakan sampailah diterjemahkan ke bahasa Inggeris.

image is not available

Bahkan, Juarez menyatakan bahawa ia jadi makin susah apabila pekedai itu bercakap terlalu laju. Walau bagaimanapun, selepas pemilik kedai mengulangi dirinya perlahan-lahan, Juarez menyedari bahawa dia salah dengar.

Dalam contoh berasingan apabila Juarez membeli donat, dia berkongsi bagaimana dia juga buntu apabila seorang pekerja bertanya kepadanya “Nak asing ke sekali?”. Ini bermaksud, peniaga bertanya sama ada dia mahu donat itu dibungkus bersama atau berasingan. Ini kerana di Indonesia mereka akan berkata “Gabung atau Pisah?”.

@juarezaprio

Sebenarnya language shock, haha. Sumpah lah awal gua di malaysia banyak banget hah hah hah nya tapi tergantung logat, logat sabah gua faham banget, logat KL juga masih lah, banyak logat2 aneh lainnya di telinga gua, logat kelantan, logat kedah, logat penang, rasaanya duhh pls kill me i dont get what u say tpi insyaallah faham nnti wkwk #cultureshock #cultureshockindonesia #cultureshockmalaysia #bahasamelayu #bahasaindo #bahasamalay #malay #indo #bahasamalaysia #bahasaindonesia #bahasamalaysiaindonesia #indomalay #indomalay #indomalaysia #malaysia #indonesia #malaysiatiktok #indotiktok

♬ original sound – Juarez – Juarez

Pada akhir videonya, Juarez menyatakan dengan tepat bahawa walaupun Bahasa Melayu dan Indonesia agak serupa, maknanya yang berkaitan dengan semantik, mungkin berbeza.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.