Warga Indonesia Kagum Lihat Rakyat Malaysia Berbelanja, Akui Ekonomi Semakin Kuat

Entertainment
24 Feb 2025 • 5:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Meskipun ada kekurangan, namun tidak dapat dinafikan kita semuaa sayangkan Malaysia, apatah lagi jika ada orang luar yang memuji negara kita ini, pasti kita akan merasa bangga.

Terbaru, satu akaun di aplikasi X memuji dan kagum dengan kuasa membeli rakyat Malaysia selepas kita-kira dua jam duduk di hadapan kedai peranti Apple di TRX, Kuala Lumpur.

“2 jam di kedai ini dan melihat orang tanpa henti datang dan pergi membeli iPhone, iPad, MacBook Pro, iMac dan semua produk Apple yang lain seperti kek panas.

Negara ini baik-baik saja. Kelas menengah negara ini kukuh dari segi ekonomi,” tulis ciapan itu.

Akaun bernama @anggapph2 itu juga berkata meskipun jalan di Kuala Lumpur sering mengalami kesesakkan namun pembangunan juga semakin menaik.

Hantaran itu menarik perhatian ramai dan setakat artikel ini ditulis, ciapan itu sudah mendapat lebih 3.3K repost serta lebih 2.6 juta views.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.