Warga KDN diingatkan tidak kompromi isu integriti

2 Apr 2023 • 8:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Shamsul Anuar memberi sumbangan pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN di Dewan Komuniti Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Batu Uban hari ini. Foto Bernama

GEORGE TOWN - Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya tidak berkompromi dengan isu integriti.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, semua ketua jabatan dan agensi di bawah kementerian itu bertanggungjawab membuat pemantauan dan sentiasa mengingatkan pegawai dan kakitangan masing-masing agar sentiasa mengamalkan integriti, tidak kira dalam apa jua keadaan.

"Semua warga jabatan dan agensi KDN, ingin saya ingatkan bahawa isu integriti tidak boleh dikompromi dalam menjalankan tugas masing-masing," katanya ketika berucap dalam Majlis Rahmah Berbuka Puasa Warga KDN di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata, sebagai kementerian dan jabatan barisan hadapan, beliau berharap warga KDN dapat meningkatkan lagi komitmen untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat walaupun ketika menjalani ibadah puasa. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved