Warga Tempatan Indonesia Buat Tradisi Hanyutkan Kerbau, Ikhtiar Cari 5 Wartawan & 3 Kru Hilang Di Anak Krakatau

17 Sep 2026 • 12:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 09 17T123108.881

Terbaharu, sejumlah warga tempatan Banten, Indoenesia bertindak turun padang bagi membantu usaha pencarian lima orang wartawan dan tiga kru kapal yang dilaporkan hilang di kawasan Gunung Anak Krakatau.

Bagi membantu proses pencarian tersebut, penduduk di sekitar kawasan Pantai Carita telah menjalankan satu upacara tradisi tahunan dengan menghanyutkan kerbau ke tengah laut sebagai ikhtiar dan permohonan ‘bantuan’ daripada nenek moyang mereka.

Artikel berkaitan: Wanita Maut Di Lokasi Kejadian Lepas Motosikal Yang Ditunggang Rempuh Kerbau

Artikel berkaitan: “Ramai yang merempat” – Penerbangan Batal Akibat Abu Gunung Berapi, Wanita Luah Detik Cemas Terkandas Di Jakarta

@sipalingserang

Harapan agar delapan orang yang hilang di perairan Selat Sunda segera ditemukan terus dipanjatkan warga Carita, Kabupaten Pandeglang. Senin (14/9/2026), masyarakat menggelar prosesi larung laut di perairan lepas pantai Carita sebagai bentuk doa dan ikhtiar batin. Prosesi tersebut dilakukan di atas kapal nelayan yang berlayar menuju laut lepas. Warga membawa seekor kerbau yang telah dibungkus kain kuning untuk dilarungkan ke laut. Rangkaian tradisi itu diiringi doa bersama yang dipimpin oleh Ustaz Siin. Delapan orang yang masih dalam pencarian terdiri atas tiga warga Carita dan lima jurnalis. Tiga warga lokal tersebut yakni Warta (55), yang merupakan kapten kapal, Surakman (60), ABK, serta Heriyanto (49), seorang pemandu wisata.

♬ suara asli – SiPaling_Serang – SiPaling_Serang

“Ketemu dengan hakikat hanya Gusti Allah yang mengabulkan. Ini mah kita memohon bantu syariat kepada karuhun-karuhun (nenek moyang) kita,” kata Abah Sihin, selaku ketua doa dalam upacara tersebut.

Sihin berkata ritual ini merupakan sebahagian daripada doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT agar mendapat perlindungan dan dijauhkan daripada segala perkara yang tidak diingini.

“Kita bermunajat kepada Allah subhanahu wa ta’ala agar musibah ini dihilangkan pada masa akan datang, termasuk musibah dan bencana alam daripada Krakatau,” katanya.

Menurutnya, menghanyutkan kerbau di tengah laut ini merupakan tradisi tahunan yang dilakukan oleh warga di kawasan Pantai Carita, Daerah Pandeglang. Mereka percaya bahawa alam telah memberikan kehendak hidup buat warga tempatan.

“Kalau tradisi memang sudah setiap tahun, setiap bulan Muharam diadakan pesta laut, iaitu ruwatan laut. Itu tradisi, memang sudah menjadi budaya,” ujarnya.

Semoga keluarga mangsa diberi kekuatan, ketabahan, dan kesabaran. Kita memohon kepada Allah semoga mangsa (ditemukan),” tambahnya lagi.

Insiden itu dipercayai berlaku ketika rombongan lima wartawan bersama tiga kru kapal berkenaan sedang dalam perjalanan bagi menjalankan tugasan liputan berkaitan aktiviti semasa dan pemantauan Gunung Anak Krakatau, sebelum kapal yang dinaiki mereka dilaporkan terputus hubungan dan hilang di perairan Selat Sunda.

Pun begitu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan ritual sebegitu dianggap khurafat, sebarang ikhtiar atau permohonan keselamatan termasuklah usaha pencarian mangsa hilang hendaklah dilakukan mengikut syariat seperti solat hajat, doa selamat, serta usaha fizikal (SAR) tanpa melibatkan amalan khurafat.

Sumber: Detik

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved