Warganet Mengekek, Fikry Ibrahim Bikin Parodi Ada Parti Sendiri Menjelang PRU-15

Politics
10 Nov 2022 • 12:12 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Fikry turut memperkenalkan barisan Parlimen yang digelar Kabinet Bayangan terdiri daripada barisan selebriti dan pempengaruh media sosial seperti Jaafar Onn, Koiran Downi dan Rani Kulup - Gambar Twitter Fikry Ibrahim

Bahang Pilihan Raya Umum (PRU-15) semakin dirasai. Masing-masing sudah mula membincangkan impak manifesto, calon serta parti yang bertanding sebelum hari mengundi pada 19 November nanti. 

Turut menyertai demam PRU-15 ialah pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim yang mula memuat naik parodi apa yang akan terjadi sekiranya dia dipilih sebagai wakil rakyat bagi Parlimen Kubang Pasu.

Tidak berhenti di situ, Fikry turut memperkenalkan barisan Parlimen yang digelar Kabinet Bayangan terdiri daripada barisan selebriti dan pempengaruh media sosial seperti Jaafar Onn, Koiran Downi dan Rani Kulup. 

Semalam, parodi diteruskan lebih serius apabila Fikry dilihat siap memuat naik logo partinya bernama Gerakan (Tak Gerak Tak Makan).

“Logo tiada maksud spesifik. Template Canva. Terburu-buru nak pakai yang mana. Melambangkan situasi apapun yang berlaku, sebagai rakyat kita harus berjalan untuk meneruskan hidup,” katanya menerusi berkenaan.

Rata-rata orang Kedah mengekek dengan parodi yang dimuat baik pelakon tersebut. Bermacam-macam komen diberikan warganet.

“Tambah dilarang guna perkataan gam ke atas nasi beriani,” tulis satu komen.

“Saya cuba elak tweet politik tapi abang ni padu,” kata komen yang lain.

“Hahahahha, saya undi,” kata ciapan yang lain. – Getaran, 10 November 2022 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved