Warganet Teruja Lihat Penyanyi Nombor 1 Negara Beli Mainan Untuk Anak Di Pasar Malam

Entertainment
11 Feb 2024 • 1:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dato’ Siti Nurhaliza sememangnya dikenali dengan personalitinya yang lemah lembut dan sangat merendah diri. Tak hairanlah kan jika penyanyi nombor satu negara ini masih tetap diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini, warganet dan peminat Siti Nurhaliza teruja melihat penyanyi yang lebih mesra disapa dengan nama TokTi ini berjalan-jalan di pasar malam Lipis, Pahang.

image is not available

Gelagat Siti Nurhaliza dan anak-anaknya, Aafiyah dan Afwa di pasar malam itu telah sempat dirakam oleh peminat sebelum dimuat naik di TikTok oleh individu yang dikenali sebagai Faizah Faizal.

Dalam video yang berdurasi selama 27 saat itu, dapat dilihat bahawa TokTi juga membelikan mainan untuk anaknya di pasar malam tersebut.

Menurut pemilik video, Siti Nurhaliza hanya membenarkan anak-anaknya untuk memilih hanya satu mainan sahaja daripada kedai yang menjual alat permainan kanak-kanak itu.

image is not available

Rata-rata warganet juga memuji sifat Siti Nurhaliza yang tidak kekok berjalan-jalan dan membeli barang di pasar malam.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.