Waris lelaki ini dicari

3 Jul 2026 • 4:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Waris lelaki ini dicari

Kota Kinabalu: Hospital Queen Elizabeth (HQE) memohon kerjasama orang awam bagi membantu mengesan waris jenazah lelaki yang masih belum dituntut di Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan.

Dalam kenyataan pada Khamis pihak Pengarah HQE memaklumkan jenazah dikenal pasti sebagai Lai Vui Hiung, 50, berketurunan Cina dan beragama Buddha dengan alamat terakhir di MDLB 918, Lorong 1, Taman Pak Tak, Batu 7, 90702 Sandakan.

Mendiang telah dimasukkan ke Jabatan Perubatan Kecemasan HQE pada 9 Jun lalu dan disahkan meninggal dunia pada 11 Jun jam 8.21 malam.  Sehingga kini jenazah mendiang masih belum dituntut oleh waris.  Laporan polis berhubung perkara itu juga telah dibuat pada 23 Jun.

Sehubungan itu ahli keluarga, waris atau orang ramai yang mengenali mendiang dimohon untuk tampil atau menghubungi Jabatan Perubatan Forensik, HQE dengan segera di talian 088-517555 sambungan 8285 bagi urusan tuntutan jenazah dan tindakan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved