Warisan nafi kenyataan tular tarik diri daripada Kerajaan Perpaduan

LocalPolitics
3 Aug 2026 • 3:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Warisan nafi kenyataan tular tarik diri daripada Kerajaan Perpaduan
Parti Warisan menegaskan kenyataan media yang tular di media sosial adalah palsu.

KOTA KINABALU - Parti Warisan (Warisan) menafikan kenyataan yang tular melalui media sosial berhubung pengumuman penarikan diri daripada Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto S Padua Jr berkata, kenyataan tersebut merupakan satu lagi fitnah yang cuba mengaitkan dan memburukkan Warisan.

"Pihak-pihak ini bukan sahaja berani menabur fitnah tetapi juga berani memalsukan dokumen Warisan seolah-olah ia kenyataan rasmi daripada Setiausaha Agung," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, tular di media sosial satu kenyataan media dua muka surat yang didakwa dikeluarkan oleh Loretto, kononnya Warisan telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan selepas melalui pertimbangan teliti serta perbincangan di semua peringkat kepimpinan parti dan akar umbi.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved