“Makin hari makin tak nampak” – Netizen Simpati Nasib ‘Budak 46’, Kini Alami Masalah Penglihatan

3 Aug 2026 • 4:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft budak46

Pempengaruh media sosial yang pernah popular dengan panggilan Budak 46 kini kembali tular selepas kisah mengenai keadaan kesihatannya yang dikatakan semakin merosot.

Ramai yang menzahirkan rasa simpati terhadapnya, disebabkan dirinya kini menjadi perhatian, Budak 46 mengatakan ada pihak yang menghubungi adiknya dengan ingin menyalurkan bantuan menerusi kod QR atas masalah penglihatan yang dialaminya sekarang.

Artikel berkaitan: Budak46 Jelaskan Sumber Pendapatan, Bigo, Instagram & Youtube Jadi Penyumbang Utama

Artikel berkaitan: Budak 4 Tahun M*ut Kerana Strok Haba, 3 Jam Tertinggal Dalam Kereta

Katanya, dia menolak bantuan tersebut kerana mahu mencari rezeki dengan hasil usaha sendiri menerusi media sosial.

 

View on Threads

 

“Adik saya telefon beritahu yang minta ‘QR code’.”

“Tak perlu, selagi saya boleh buat video affiliate, saya akan buat itu saja. Cuma, ada masa saya akan muat naik video dan ada masa tak muat naik tetapi tidaklah sampai sebulan atau dua bulan.”

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Muhammad Ammarzulkha turut memberitahu bahawa dia menghargai niat orang ramai yang ingin membantunya, tapi faktor kewangan bukanlah perkara yang diperlukannya ketika ini.

“Jadi, hidup ini perlu diteruskan. Pedulilah apa orang nak kata. Daripada (bantuan) segi duit itu tak perlulah, saya tak nak.”

Sebelum ini, komen daripada adik kepada Budak 46 ada menjelaskan mengenai keadaan abangnya yang kini sedang menghidap retinitis pigmentosa, iaitu sejenis penyakit mata yang menyebabkan penglihatannya semakin merosot dari hari ke hari.

Bahkan, adik yang dikenali sebagai Cuna itu turut meminta sokongan orang ramai dengan mengajak netizen membeli sebarang produk menerusi affiliate di TikTok milik Budak 46.

Sumber: Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved