Waste To Food: Kumpul bahan kitar semula, warga kerja MPAJ tebus barangan keperluan

LocalEnvironment
19 Aug 2026 • 5:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 OGOS: Sebanyak 14,808.64 kilogram barangan kitar semula berjaya dikumpulkan warga kerja Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerusi Program Waste To Food, semalam.

Kutipan itu membolehkan warga kerja menebus 686 unit barangan keperluan harian menerusi sistem mata yang ditetapkan sepanjang program berkenaan.

Menurut MPAJ, setiap satu kilogram bahan kitar semula yang dikumpulkan diberikan satu cap, manakala penebusan barangan boleh dibuat selepas mengumpulkan sekurang-kurangnya 15 cap berdasarkan senarai yang ditetapkan.

“Sebanyak 686 unit barangan keperluan harian ditebus oleh kakitangan menerusi hasil kutipan pada hari program berlangsung,” katanya menerusi kenyataan.

image is not available
Antara barangan kitar semula yang dikumpulkan warga kerja MPAJ menerusi Program Waste To Food pada 18 Ogos 2026. Foto Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi

Program anjuran Bahagian Kitar Semula, Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan MPAJ itu bertujuan membudayakan amalan pengasingan sisa dan kitar semula dalam kalangan warga kerja.

MPAJ berkata inisiatif itu turut memberi kesedaran mengenai nilai barangan sisa kitar semula yang boleh dikumpulkan dan ditukar kepada keperluan asas.

“Usaha ini juga adalah untuk menyokong pelaksanaan Ampang Jaya ke Arah Bandar Rendah Karbon 2017-2030, khususnya dalam aspek pengurusan sisa pepejal.

“Budaya kitar semula dalam kalangan warga kerja dan masyarakat perlu diperkukuh bagi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, lestari serta rendah karbon,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved