Siap sedia semua untuk tonton drama baru Park Hyung-sik!
Baru-baru ini, Park Hyung-sik dilihat telah mula menjalani penggambaran untuk drama barunya akan datang iaitu “Treasure Island”.
Untuk pengetahuan, drama ini akan mengikuti seorang lelaki yang menggodam dana politik sebanyak 2 trilion won untuk terus hidup dan seorang ahli politik yang tanpa disedari, telah membunuh lelaki itu. Akhirnya, mereka kehilangan wang itu selamanya-lamanya.
오늘 우연히 박형식을 만난 팬이 팬카페에 올려준 사진 사인해주는 다정한 남자
Thank you for sharing Cr. 하운#박형식 #Parkhyungsik #朴炯植 #パクヒョンシク #พัคฮยองชิก pic.twitter.com/uuhBEJddGR— always_SIKcret_1116 (@1116Always33717) June 27, 2024
Melihat gambar yang dikongsi, pelakon lelaki itu tampil kacak memakai sut hitam, menambah lagi keterujaan penonton untuk melihat transformasi Park Hyung-sik dalam drama tersebut.
Sementara itu, Park Hyung-sik dijangka akan membawa watak sebagai Seo Dong-joo, ketua pasukan kerjasama luar di sekretariat pengerusi Kumpulan Daehan, yang dikurniakan ingatan melalui gambar.
Nantikan info lanjut mengenai “Treasure Island”!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Watak Berbeza Dari Sebelum Ini, Park Hyungsik Mula Penggambaran Drama ‘Treasure Island’ first appeared on KimchiDaily.my.



