Watie Didakwa Sedang Berbadan Dua, Sorok Perut Dengan Bunga

25 Nov 2023 • 1:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isteri kepada pelawak dan penyampai radio Shuib iaitu Watie Hanifiah didakwa oleh netizen selepas suaminya berkongsi foto bebentuk video di laman Instagramnya.

Menerusi satu postingnya itu, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dan suaminya kelihatan memakai baju sedondon sambil berpelukan.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah dress yang dipakai Watie kelihatan sedikit besar pada bahagian perut apatah lagi ditutupi dengan jambangan bunga ros.

Meninjau keruangan komen, rata-rata netizen mendakwa Watie kelihatan seperti sedang berbadan dua, ditambah pula lagu yang seperti membawa maksud istimewa.

image is not available

image is not available

image is not available

Difahamkan, pasangan berkenaan sedang bercuti bersama keluarga selain tidak membuat sebarang kenyataan berhubung dakwaan netizen itu.

Namun, Watie pernah mencetuskan tanda tanya apabila ibu mertuanya meninggalkan komen supaya berkongsi ‘keputusan’ hospital pada video yang memaparkan dirinya berada di sebuah pusat perubatan.

image is not available

Terdahulu, Watie pernah kongsikan momen indahnya bersama suaminya, Shuib apabila sanggup menyewa sebuah pawagam hanya untuk mereka berdua sahaja meluangkan momen bersama buat kali pertama.

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Kita sebagai rakyat ofcos akan lebih cakna dan ambil tahu mengenai sejarah tanah air kita kan?

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media