Watie Hanifiah Menangis Dapat Bunga Dari Shuib, Rasa Diri Dihargai - “Itu Bermakna Bila Dia Dekat Luar Pun Ingat Kita”

2 Jan 2025 • 12:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang memahami.


Menangis dapat bunga



“Nampak simple… tapi bermakna. Kenapa mummy happy setiap kali dapat bunga?
 
“Sebab benda itulah dulu mummy paling suka sangat bila dapat tapi paling susah mummy nak dapat. Dulu kena minta baru dapat...#boring hahaha.
 
“Tapi sekarang Allah kurniakan seorang suami yang sejenis cakap sekali je dari awal kenal sampai sekarang dia ingat.
 
“Sampai sekarang dia take note, bini dia sejenis dapat bunga pun dah happy giler, melompat dan kali ini sampai nangis. Sebab lima hari sekali dapat bunga,” coretnya dalam hantaran terbaharu di Instagram.
 


Rasa diri dihargai suami

        View this post on Instagram                      

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)



“Terharu sebab bila kita tahu je dia balik rumah bawa bunga untuk kita, itu bermakna dia dekat luar rumah pun dia ingat kita.
 
“Usaha berjalan cari kedai bunga, mesti masa nak beli tu perasaan dia pun berbunga-bunga nak beli untuk bini.