Wau Bulan Tertusuk Cermin Kereta, Netizen Samakan Macam Final Destination

27 Aug 2023 • 9:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bayangkan situasi di mana anda hadir ke satu lokasi untuk bertenang dan merehatkan minda, namun, terjadi pula satu kemalangan ‘kecil’ sehingga merosakan kenderaan yang anda pandu.

Begitulah yang terjadi pada seorang lelaki yang nyaris mengalami kecederaan apabila sebuah wau bulan tersalah mendarat sehingga tertusuk cermin hadapan kereta miliknya.

Ketika kejadian, lelaki itu berada dalam kereta berkenaan.
 










image is not available







image is not available