ECRL: Terengganu percepat pembangunan berorientasikan transit

LocalBusiness & Finance
16 Aug 2026 • 4:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ECRL: Terengganu percepat pembangunan berorientasikan transit

KEMAMAN: Pembangunan berorientasikan transit (TOD) di enam stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini akan dipercepat susulan operasi perkhidmatan penumpang itu yang dijangka dapat iawalkan kepada Disember ini. 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu  bagi memastikan peluang ekonomi yang bakal wujud dimanfaatkan rakyat dan pemain industri di negeri ini dengan operasi ECRL. 

“Kerajaan negeri telah berbincang dengan pelbagai syarikat untuk membangunkan  kawasan TOD di enam stesen di negeri ini. Pergerakan (operasi ECRL) yang lebih awal ini menyebabkan kita melihat semula apa yang boleh kita laksanakan dalam tempoh yang singkat,” katanya selepas merasmikan Kilang Pemulihan Sisa Pepejal IGNIE 3R di Tapak Pelupusan Sampah Bukit Gelugor, Kerteh, di sini, hari ini. 

Menurut Ahmad Samsuri, untuk pembangunan TOD di enam stesen ECRL, kerajaan negeri sudah  mempunyai reka bentuk dan kerangka pembangunan namun pelaksanaannya bergantung kepada persetujuan serta penglibatan pelabur.

Beliau berkata, ia melibatkan peruntukan besar dan kerajaan negeri tidak mengeluarkan belanja yang besar untuk melakukan pembangunan projek itu. 

“Pembinaan projek laluan ECRL bagi jajaran ke Pelabuhan Kemaman juga akan menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi syarikat yang beroperasi berdekatan pelabuhan itu termasuk anak syarikat kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata, perkhidmatan ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Gombak disasarkan mula beroperasi pada Disember ini, mendahului jadual asal pada Januari 2027. – UTUSAN

The post ECRL: Terengganu percepat pembangunan berorientasikan transit appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved