Wei Chong-Kai Wun Tundukkan Juara Olimpik, Juarai Terbuka Taipei

24 Jul 2022 • 8:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pasangan beregu negara, Man Wei Chong -Tee Kai Wun. - Gambar fail Bernama

KUALA LUMPUR - Pasangan beregu lelaki muda negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun mencipta kejutan besar apabila berjaya menumpaskan Juara Olimpik Tokyo 2020 Lee Yang-Wang Chi Lin untuk muncul juara Terbuka Taipei pada hari ini. 

Pasangan di ranking ke-36 dunia yang turun dengan semangat juang tinggi itu menampilkan persembahan cemerlang untuk menundukkan wakil tuan rumah itu 21-18 pada set pertama.

Namun, beregu nombor empat dunia yang juga pilihan pertama kejohanan, Lee-Chi Lin bangkit mengejar beregu Malaysia dan mencatatkan kemenangan 21-11. 

Wei Chong-Kai Wun, pilihan keenam kejohanan, memperkemaskan aksi mereka pada set penentuan untuk mengesahkan kemenangan 21-18, dalam pertarungan selama 54 minit itu.

Ia merupakan gelaran juara kedua buat Wei Chong-Kai Wun pada tahun ini selepas menjuarai Kejohanan Antarabangsa India pada Januari lepas yang menewaskan wakil tuan rumah, Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala 21-18, 21-15. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved