“Welcome Noor Nabila And Husband” – Kapsyen Pemandu Pelancong Bali Undang Perhatian Ramai 

EntertainmentLifestyle
9 May 2026 • 12:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Perkongsian video melibatkan usahawan dan selebriti media sosial, Noor Nabila di Bali baru-baru ini menarik perhatian ramai.

BACA: Akhirnya Terjawab! Noor Nabila Sahkan Jejaka Itu Kekasih Baharu

Semuanya bermula selepas sebuah akaun TikTok milik pemandu pelancong di Bali memuat naik video menyambut ketibaan Noor Nabila bersama seorang lelaki dipercayai pasangannya.

Kapsyen ‘husband’ buat ramai terkejut

Apa yang mencuri perhatian ramai ialah kapsyen ditulis pemilik akaun tersebut yang menyebut kedatangan Noor Nabila bersama ‘suami’ dari Malaysia.

@ekowbali

Welcome to Bali Mrs. Noor Nabila from Malaysia. Thank you so much for using our service during your holiday in Bali. Hope you had wondelfull vacation with us and hope to meet you again. Bali Shandi Tours – Smart Way to Enjoy Bali #lelakikekuningkuningan #noornabila #supirbali #sewasupirbali #supirmuslimbali @Supir Bali @Bali Muslim Tours @Shuttle Airport Bali

♬ 여전히 난 괜찮다…HNS1 – HAEVINI

Ayat itu terus mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen, malah ramai mula membuat spekulasi bahawa Noor Nabila mungkin sudah bernikah secara senyap.

noor nabila
TikTok @ekowbali

Malah, ada yang mendakwa mereka sudah lama bernikah namun memilih untuk tidak menghebahkan perkara tersebut kepada umum.

Netizen dakwa sudah lama bernikah?

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen dilihat terkejut namun tetap menitipkan ucapan tahniah sekiranya berita itu benar.

noor nabila
noor nabila
noor nabila

Namun setakat ini, Noor Nabila masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Sebelum ini, kehidupan peribadi Noor Nabila memang sering menjadi perhatian ramai termasuk soal hubungan dan pasangan hidupnya.

Pssttt! Kalau betul sudah bernikah, semoga hubungan dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Tapi biasalah netizen, selagi tuan badan belum bersuara memang macam-macam andaian akan muncul. Apa pun, privasi seseorang tetap perlu dihormati walaupun mereka figura terkenal.

Kredit: TikTok @ekowbali
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Welcome Noor Nabila And Husband” – Kapsyen Pemandu Pelancong Bali Undang Perhatian Ramai  appeared first on Oh! Media.
View Original Article