
WhatsApp kini sedang membangunkan fungsi baharu yang membolehkan pentadbir saluran menandakan kandungan yang dijana kecerdasan buatan (AI) dengan label khas. Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan ketelusan serta memastikan pematuhan terhadap peraturan di negara yang mewajibkan pendedahan kandungan AI.

Melalui fungsi ini, pentadbir saluran boleh menekan lama pada mesej selepas berkongsi fail media seperti gambar atau video. Tindakan tersebut akan memaparkan menu tambahan dengan pilihan “Add AI Content Label”. Apabila digunakan, mesej berkenaan akan ditandakan dengan label AI yang kekal dan tidak boleh dipadam. Langkah ini memberi jaminan kepada pengguna bahawa kandungan tersebut dihasilkan oleh AI bukan hasil ciptaan manusia.
Buat masa ini, fungsi ini masih dalam pembangunan dengan tumpuan awal pada fail media seperti gambar dan video manakala teks pula termasuk melalui ciri Writing Help mungkin dikecualikan. Menariknya, label ini tidak hanya terhad kepada Meta AI sebaliknya boleh digunakan untuk kandungan daripada mana-mana alat AI termasuk ChatGPT atau Gemini.
Sebelum ini, WhatsApp menguji label perkongsian berbayar bagi kandungan berbayar dan kini label AI menjadi langkah seterusnya dalam usaha meningkatkan ketelusan serta mematuhi peraturan global.
Sumber – WABetaInfo


![[VIDEO] Pemancing luah isi hati cipta lagu Rindu di Jambatan](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-04-at-1.48.41-PM-1-1024x644.jpeg)

