“WhatsApp Kak Ardel Tak Function, Tak Boleh Guna..” – Nadzmi Adhwa Kongsi Perkembangan Terkini Isteri

LocalEntertainment
1 Oct 2025 • 1:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui platform Threads pelakon, Nadzmi Adhwa yang terbaru, dia berkongsikan perkembangan terkini isterinya, Ardell yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Dapat dilihat daripada hantaran yang dimuat naik, Nadzmi menunjukkan tangkap layar (screenshot) mesej yang merupakan perkembangan terkini isteri.

Dalam mesej tersebut, individu terbabit memaklumkan Ardell sudah tidak boleh dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Assalammualaikum Adhwa, nak inform yang WhatsApp Kak Ardel tak function. Tak boleh guna. Boleh berhubung melalui signal.

Susulan itu, Adhwa berharap agar isterinya serta peserta yang menyertai misi kemanusiaan tersebut dilindungi oleh Allah SWT.

Sekadar info, peserta-peserta yang menyertai Global Sumud Flotilla kini sudah semakin menghampiri Red Zone.

image is not available 2025-10-01 12:49:17

Sumud Flotilla: Aktiviti Dron Meningkat Di Ruang Udara, Para Peserta GSF Dalam Keadaan Sentiasa Berjaga-Jaga