WhatsApp melalui kemaskini baharu kini dilihat mula menyembunyikan URL penuh untuk pautan-pautan yang dikongsikan melalui tetingkap sembang. Dengan langkah ini, ia dilihat menjadikan paparan lebih kemas berbanding sebelum ini.

Namun, ia turut membawa kepada risiko pengguna tidak diperlihatkan pautan penuh pada paparan awal, dan perlu tap pada pautan berkenaan sekiranya ingin melihat pautan penuh.
Kemaskini baharu ini dilihat sedang diuji pada peringkat beta, dan mungkin diperluaskan kepada semua tidak lama lagi.

