WhatsApp Kini Mudahkan Ahli Baharu Mengakses Sejarah Sembang Dalam Kumpulan

TechnologyDigital
20 Feb 2026 • 1:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp telah memperkenalkan ciri ‘Group Message History’ untuk menjadikan pengalaman sembang berkumpulan lebih mudah difahami. Apabila seseorang ditambah ke dalam kumpulan, pentadbir (admin) atau ahli sedia ada boleh memilih untuk menghantar mesej terkini kepada mereka (antara 25 hingga 100 mesej maksimum). Dengan cara ini, ahli baharu boleh mendapat konteks perbualan tanpa perlu menatal terlalu jauh sebaliknya hanya membaca mesej paling relevan.

image is not available

Pentadbir mempunyai kawalan penuh terhadap tetapan ini dan boleh mematikannya jika mahu. Setiap kali mesej sejarah dihantar, semua ahli kumpulan akan menerima notifikasi yang jelas lengkap dengan masa dan maklumat penghantar. Sejarah mesej ini juga akan dipaparkan dengan paparan berbeza supaya mudah dibezakan daripada mesej biasa. Seperti mesej lain, Group Message History turut dilindungi dengan end-to-end encrypted bagi memastikan privasi terjaga. WhatsApp sedang melancarkan ciri ini secara berperingkat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved