WhatsApp Sedang Membangunkan Ciri ‘Spoiler’ Seakan Threads

TechnologyDigital
19 Feb 2026 • 1:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

WhatsApp sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan mesej dihantar sebagai ‘spoiler’ seakan-akan fungsi yang terdapat pada Threads. Melaluinya, pengguna dapat menyembunyikan kandungan mesej supaya ia tidak terus dipaparkan dalam perbualan. Sebaliknya, mesej tersebut hanya akan muncul apabila penerima mengetik pada gelembung mesej untuk mendedahkan isi kandungan.

image is not available

Ciri ini direka untuk menutup mesej sama ada keseluruhan teks atau hanya bahagian tertentu daripadanya. Secara teknikal, ciri ini akan ditandai dengan pilihan sebelum dan selepas teks. Setelah dihantar, kandungan tidak akan dipaparkan serta merta sekali gus memberi kawalan kepada penerima sama ada mahu membacanya atau tidak. Buat masa ini, ia hanya menyokong mesej berbentuk teks namun WhatsApp mungkin mempertimbangkan sokongan untuk gambar pada kemaskini akan datang,

image is not available

Fungsi ini juga dilihat sebagai alternatif menarik kepada ciri ‘View Once’ yang sebelum ni menyebabkan mesej atau imej hilang terus selepas dibuka lalu menyukarkan rujukan semula.