WhatsApp Memperkenalkan Ciri “Tema Sembang” – Membolehkan Anda Mengubah Tema Dan Paparan Sesuatu Perbualan

TechnologyDigital
14 Feb 2025 • 11:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp hari ini hadir dengan sebuah ciri baharu untuk semua pengguna seluruh dunia, dinamakan “Chat Themes” atau “Tema Sembang”. Melaluinya, seperti pada nama, pengguna boleh mengubah bagaimana perbualan dipaparkan kepada mereka, sekaligus memilih warna, gambar latar dan juga gaya sesuatu perbualan dipaparkan.

image is not available

Pengguna boleh memilih untuk menggunakan tema sama untuk semua perbualan, atau turut memilih tema berbeza untuk perbualan-perbualan berbeza. Sebagai contoh, untuk WhatsApp Group bersama rakan-rakan anda boleh memilih tema yang ceria, dan mungkin untuk tujuan kerja memilih tema lebih serius.

Untuk menetapkan tema sembang pada WhatsApp, anda boleh ke Settings > Chat > Default Chat Theme. Atau sekiranya ingin melakukan tetapan untuk sesuatu perbualan secara khusus, anda boleh ke tetapan perbualan berkenaan (dengan tap pada nama di skrin perbualan (pada iOS) atau pada menu 3-dot pada Android).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved