WhatsApp Menguji Ciri Baharu Untuk Panggilan Audio Dan Video

TechnologyDigital
7 Apr 2025 • 11:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp sedang menguji beberapa ciri baharu untuk panggilan audio dan video pada peranti Android. Salah satu ciri yang sedang diuji ialah butang bisu (mute) yang membolehkan pengguna mematikan mikrofon mereka secara terus melalui panel notifikasi semasa menjawab panggilan suara.

image is not available

Selain itu, WhatsApp juga akan menawarkan pilihan untuk mematikan fungsi kamera sebelum menjawab panggilan video, yang secara tidak langsung memberi pengguna lebih kawalan terhadap privasi masing-masing. Ciri lain yang turut menarik perhatian ialah reaksi emoji (Emoji Reactions) semasa panggilan video, di mana pengguna boleh memberi reaksi secara langsung menggunakan pelbagai emoji untuk pengalaman perbualan yang lebih menyeronokkan.

Ketiga-tiga ciri tersebut masih dalam fasa ujian, dan dijangka akan disediakan dalam kemaskini yang akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved