WhatsApp Menguji Ciri ‘Restricted Chat’ Untuk Kawalan Perbualan Lebih Menyeluruh

Technology
5 Oct 2026 • 1:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp Menguji Ciri ‘Restricted Chat’ Untuk Kawalan Perbualan Lebih Menyeluruh

WhatsApp sedang menguji ciri baharu yang dinamakan Restricted Chat pada peranti iOS dan Android khusus untuk sebahagian pengguna beta terpilih. Ciri ini diperkenalkan sebagai pengganti kepada Advanced Chat Privacy dengan lapisan kawalan yang lebih ketat.

Image from: WhatsApp Menguji Ciri ‘Restricted Chat’ Untuk Kawalan Perbualan Lebih Menyeluruh

Ciri Restricted Chat ini membolehkan pengguna melindungi perbualan tertentu, khususnya yang dianggap mempunyai maklumat sensitif. Apabila diaktifkan, perbualan tersebut hanya boleh dibuka pada telefon utama dan tidak akan muncul di peranti lain yang dipautkan seperti telefon kedua atau komputer. Selain daripada itu, gambar dan video daripada perbualan tersebut tidak akan disimpan secara automatik ke dalam galeri dan perbualan itu juga tidak boleh dipindahkan atau digunakan bersama Meta AI.

Image from: WhatsApp Menguji Ciri ‘Restricted Chat’ Untuk Kawalan Perbualan Lebih Menyeluruh

Walau apa pun tetapan yang dipilih, semua mesej dan panggilan tetap dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung (end‑to‑end encryption). Fungsi ini merupakan pilihan yang membolehkan pengguna menentukan sendiri perbualan yang ingin dihadkan. Buat masa ini, Restricted Chat hanya tersedia untuk sebahagian pengguna terpilih dengan pelancarannya dijangka diperluas secara berperingkat.

Sumber: WABetaInfo

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved