WhatsApp Hadir Dengan Ciri Amaran Awal Sebelum Berbual Dengan Nombor Tidak Dikenali

TechnologyDigital
24 Jun 2026 • 6:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp Hadir Dengan Ciri Amaran Awal Sebelum Berbual Dengan Nombor Tidak Dikenali

WhatsApp hadir dengan ciri keselamatan baharu yang berfungsi sebagai amaran awal sebelum pengguna memulakan perbualan dengan nombor yang tidak dikenali.

Image from: WhatsApp Hadir Dengan Ciri Amaran Awal Sebelum Berbual Dengan Nombor Tidak Dikenali

Apabila seseorang pengguna itu cuba membuka perbualan dengan nombor baharu di WhatsApp, aplikasi tidak akan terus membuka perbualan. Sebaliknya, ia akan memaparkan maklumat asas tentang nombor tersebut terlebih dahulu seperti negara asal nombor itu (melalui kod negara), sama ada nombor itu telah disimpan sebagai kenalan serta jika terdapat kumpulan WhatsApp yang sama dengan nombor tersebut. Selepas maklumat itu dipaparkan, barulah pengguna diberi pilihan sama ada mahu meneruskan perbualan atau membatalkannya.

Image from: WhatsApp Hadir Dengan Ciri Amaran Awal Sebelum Berbual Dengan Nombor Tidak Dikenali

Dengan kata lain, ciri ini bertindak sebagai lapisan perlindungan tambahan. WhatsApp mahu memberikan ruang kepada pengguna supaya mereka sempat berfikir sebelum berkomunikasi dengan nombor asing. Langkah ini turut boleh membantu mengurangkan risiko ditipu oleh scammer kerana penipuan biasanya berlaku apabila pengguna bertindak terlalu cuai tanpa sempat menilai.

Fungsi amaran ini sudah mula diberikan secara berperingkat kepada pengguna di iOS dan Android melalui kemas kini versi baharu aplikasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved