Selari dengan kemajuan dunia yang sentiasa berkait rapat dekat sosial media, aplikasi Whatsapp dilihat sentiasa menjadi antara watak utama dalam lapangan ini dengan terus menerus menambah baik pengalaman pengguna dengan kemas kini ciri yang lebih baik dari masa ke masa.

Terbaru, WhatsApp kini dikatakan sedang menguji reka bentuk paparan baharu pada status WhatsApp. Perubahan ini menjadikan paparan status WhatsApp nampak lebih sama dengan ciri Stories di platform media sosial milik Meta yang lain seperti Facebook dan Instagram. Reka bentuk baru ini membolehkan pengguna melihat pratonton status sebelum memilih untuk melihatnya dalam durasi dan skrin penuh.
Menerusi perubahan yang sedang diuji ini menunjukkan usaha meta untuk memastikan aplikasinya kekal relevan dan menjadikan WhatsApp sebagai sebuah aplikasi yang lebih interaktif dan menyeronokkan sama seperti platform media sosial yang lain. Tetapi buat masa ini tidak diketahui bilakan kemas kini baru ini akan dilancarkan sepenuhnya kepada semua pengguna kerana ia masih lagi dalam proses ujian dan hanya dapat digunakan oleh sebilangan kecil pengguna Beta.
